Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes 1MDB Tenore: Najib dihukum penjara 15 tahun

 

PUTRAJAYA: Mahkamah hari ini memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas pertuduhan rasuah melibatkan dana berjumlah RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekali gus menjadi detik penting dalam sejarah perundangan negara.

Hakim Datuk Collin Sequerah dalam penghakimannya menyatakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, termasuk elemen salah guna kuasa dan penyelewengan dana awam ketika Najib menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.








Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman berkenaan pada jam 9 malam selepas beliau terdahulu mendapati bekas Presiden UMNO itu bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kuasa untuk suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Bagi setiap empat tuduhan menggunakan kedudukan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib dan lima tahun penjara bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram.

Semua hukuman diarahkan berjalan serentak dan hanya selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Sequerah turut memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara 40 tahun jika beliau gagal membayar denda berkenaan.