Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak -Zahid



KUALA LUMPUR, 22 Disember — Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, menggesa semua pihak supaya menahan diri dan tidak mencetuskan provokasi susulan keputusan mahkamah hari ini yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, untuk menjalani hukuman dalam bentuk tahanan rumah.

Menurut Zahid, suasana ketika ini memerlukan kebijaksanaan dan kepekaan politik, bukannya tindakan yang boleh memburukkan lagi ketegangan dalam kalangan rakyat serta antara parti-parti dalam kerajaan.


“Janganlah menyimbah minyak pada api yang sedang marak.” katanya ringkas dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin Democratic Action Party (DAP) yang memuat naik hantaran di media sosial seolah-olah meraikan keputusan mahkamah berkenaan.

Perkongsian itu mengundang reaksi pelbagai pihak dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan penyokong UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, dilaporkan meluahkan kemarahan secara terbuka dan mendesak agar UMNO mempertimbangkan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Situasi ini sekali lagi menguji hubungan antara parti-parti dalam kerajaan perpaduan.