Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Shamsul Iskandar letak jawatan serta merta

 

SHAH ALAM - Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi hantaran ringkas di platform X pada Selasa.


Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas difahamkan terdapat percubaan untuk menyerangnya yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani.

"Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

"Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

"Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya," katanya.