Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN PAS Tepoh akui beliau Pengerusi syarikat kontraktor projek pemulihan tebing


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri PAS (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, mengakui bahawa beliau sememangnya Pengerusi GPQ Sdn Bhd, syarikat milik penuh Terengganu Inc. yang terlibat dalam projek Pengawalan Hakisan Pantai Mengabang Telipot, sekali gus menjawab dakwaan tular yang mengaitkan beliau dengan projek berkenaan.

“Saya memang Pengerusi GPQ”  Hishamuddin

Menurut beliau, jawatan itu bukan perkara yang disembunyikan kerana pelantikan sebagai Pengerusi GPQ pada 1 April 2024 dipaparkan secara rasmi di laman sesawang syarikat.

“Semua orang boleh semak. Saya dilantik secara terbuka dan ia adalah amanah untuk memastikan GLC negeri bergerak lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan seorang pengguna media sosial yang mendakwa beliau ada kaitan dengan projek tersebut dan cuba menimbulkan persepsi negatif terhadapnya.

Projek RM69.9 juta.

Projek bernilai RM69.9 juta itu dianugerahkan pada 24 Julai 2023, melibatkan pembinaan 16 pemecah ombak serta kerja penambakan pasir sepanjang 8 kilometer dari Kedai Pok Nong ICT hingga belakang INSTEP.

Sehingga 23 November 2025, kemajuan kerja mencapai 50.28 peratus, dan beliau mendakwa projek itu melepasi jadual asal 47.57 peratus.

Kerja Dihentikan Akibat Musim Tengkujuh

Beliau menjelaskan kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara mengikut arahan Jabatan Laut Malaysia sepanjang musim tengkujuh dan akan disambung semula tahun hadapan.

Hishamuddin turut memaklumkan bahawa pada 4 November 2025, JPS telah mengeluarkan Surat Penghargaan Prestasi Projek susulan peningkatan operasi dan prestasi kerja yang baik di tapak.