KUANTAN: Kerajaan negeri telah mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion buat tahun keempat berturut-turut.
Menurut Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, setakat ini kutipan telah mencecah sekitar RM996 juta, dan ditambah lagi dengan satu cek sekitar RM4 juta yang baru diterima, maka ia melepasi angka RM1 bilion sebelum hujung November.
Beliau turut menyatakan bahawa sasaran untuk Belanjawan 2025 dilihat sangat realistis kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.194 bilion.
Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menyentuh tentang usaha kerajaan negeri dalam menghargai penjawat awam persekutuan di negeri ini.
Beliau menjelaskan kerajaan negeri sedang meneliti kaedah terbaik untuk memberi token penghargaan kepada kumpulan tertentu contohnya mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah atau RM4,000 ke bawah akan diberi pertimbangan.
-TunCarlos

