Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ibu bapa mertua Prince Syed dan dua individu ditahan polis IPD Klang

 


KLANG: Ibu bapa mentua lelaki dikenali aktif di media sosial dengan nama Prince Syed antara empat individu yang ditahan selepas berlaku perselisihan faham di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa kejadian berlaku pada jam 2.40 petang semalam.


"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

"Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu media melaporkan lelaki yang aktif di media sosial dengan nama Prince Syed membuat laporan di Balai Polis Klang, di sini, petang semalam berhubung dakwaan diserang dan dipukul sehingga cedera di tangan dan muka.

Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, empat individu dikenalinya itu datang menyerang ketika dia berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, di sini.

Menurutnya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk mukanya.