ANALISIS/PEMERHATIAN PILIHANRAYA SABAH SEKARANG
Sabah kini sedang menghadapi gelombang ”Sabah for Sabahans” dan "Justice for Sabah" dalam pilihan raya negeri kali ini
Isu hak negeri semakin mendapat tempat iaitu tuntutan 40% hasil persekutuan sebagai simbol hak Sabah.
Masalah asas seperti bekalan air, elektrik, infrastruktur (jalan, internet), dan kos sara hidup menjadi tuntutan utama pengundi.
Isu rasuah dan intergriti agak kurang menjadi perbualan rakyat.
Terdapat pergeseran besar dalam gabungan parti Sabah tempatan. Sebagai contoh STAR dan SAPP telah keluar dari GRS.
GRS (Gabungan Rakyat Sabah) merupakan kuasa penting, tetapi majoritinya sebelum ini agak tipis.
Politik Sabah memang “volatile” sebab kegiatan lompat parti (katak), keluar parti, dah macam perkara biasa.
Parti Warisan (diketuai Shafie Apdal) kekal sebagai parti lokal terbesar dan mereka dalam kempen menonjolkan naratif autonomi dan mahu selesaikan isu asas rakyat.
ADAKAH ADA PELUANG PARTI LOKAL MEMBENTUK KERAJAAN NEGERI?
Berdasarkan situasi semasa, YA, ada potensi bagi parti-parti lokal (atau gabungan lokal) untuk membentuk kerajaan negeri. Tetapi, ini bukan mudah dan ada beberapa faktor yang membantu dan juga cabaran:
<<FAKTOR MEMBANTU:
1- MOMENTUM Sentimen “Sabah untuk Sabahans” semakin kuat. Ramai pengundi mahu kerajaan negeri yang betul-betul komited kepada kepentingan negeri, bukan parti nasional (semenanjung)
2- Isu Tuntutan 40% hasil persekutuan boleh memberi kelebihan kepada parti lokal yang konsisten dengan dasar ini.
3- Perpecahan dalam GRS. Keluarnya STAR dan SAPP dari GRS memberi isyarat bahawa tidak semua elemen lokal puas hati dalam GRS
4- Parti STAR dilihat berpotensi menjadi "King Maker" dalam Pilihanraya Sabah kali ini. Jeffrey Kitingan(Presiden STAR) dilihat mahu buat blok baru yang kuat, memberi tarikan baru bagi pengundi yang kini merasakan GRS terlalu dekat dengan kuasa persekutuan.
5. Kesedaran Isu Asas. Masalah air, elektrik, kos sara hidup lebih dekat dengan isu harian. parti lokal yang boleh tunjuk rekod atau pelan penyelesaian konkrit mungkin dapat menarik banyak pengundi.
4. Mahu contohi Sarawak. Naratif yang selalu dibawa STAR bahawa parti lokal lebih “kuat berunding” dengan pusat jika kepimpinan adalah dari Sabah sendiri. Boleh mengawal sumber gas, galian dan sebagainya menarik minat pengundi.
<<CABARAN
1. Perpecahan Parti Lokal seperti STAR, SAPP, PBS, Warisan, parti-parti kecil lain boleh sebabkan undi tempatan terpecah. Ini akan melemahkan kuasa gabungan mana-mana satu parti.
2. Isu Integriti, Keluarga dan Skandal. Ada dakwaan rasuah berkaitan kerajaan negeri sekarang, termasuk skandal perlombongan. Isu keluarga Musa Aman juga menjadi perhatian yang juga sedikit menjejaskan STAR
ADAKAH PARTI NASIONAL BOLEH MENANG?
1- Mengikut sentimen sekarang bagi aku mungkin hanya 40%
2- Tetapi, walaupun sentimen lokal kuat, parti nasional (UMNO / BN, PH) tetap mempunyai kelebihan. Mereka mempunyai kekuatan akar umbi yang banyak dan juga logistik.
RAMALAN...
Warisan ada peluang besar kerana STAR , SAPP akan pecahkan undi GRS
STAR + SAPP walaupun keluar GRS, mungkin tidak menang banyak kerusi, tetapi boleh menjadi “kingmaker" jika dapat kerusi strategik.
Kerjasama STAR + SAPP + beberapa parti lokal dengan parti nasional mungkin diperlukan jika undi parti lokal berpecah.
-TunCarlos

