Bukit Aman ambil alih kes rakaman audio mirip seorang Menteri Besar hina Raja Perlis
Labels:
Politik
Kes rakaman suara dipercayai milik seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Negeri Perlis, kini diambil alih Bukit Aman.
Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kes itu akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.
“Jadi, apa yang berlaku di sini ialah pihak polis Perlis hanya akan membantu Bukit Aman dalam melengkapkan siasatan," katanya kepada Bernama.
Semalam, Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dilaporkan berkata rakaman suara itu dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Beliau berkata kandungan itu dipercayai telah disebarkan secara terbuka menerusi media sosial, dan mengandungi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan maruah dan reputasi Institusi Diraja Negeri Perlis.
- Bernama
LISTEN: Audio Mirip MB Perlis di Tik Tok

