Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azlan Al Amin ditahan semula selepas ikat jamin


KUALA TERENGGANU – Seorang ahli perniagaan yang sebelum ini tular di media sosial sekali lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urus niaga tanah melibatkan kerugian RM35,000.

Suspek, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, yang juga dikenali sebagai Azlan Al Amin ditangkap semula oleh sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada Isnin.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan kes melibatkan seorang pesara guru yang didakwa menjadi mangsa penipuan pada tahun 2023.

"Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM35,000 akibat urus niaga tanah yang dipercayai tidak wujud," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun pada Selasa (28 Oktober) untuk permohonan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohamad Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Besut pada Isnin atas pertuduhan melakukan khianat dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 selepas mengaku tidak bersalah.

Beliau dan adiknya, Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31 didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan kereta Perodua Bezza milik seorang wanita sehingga menyebabkan kerugian RM5,000.

Sementara itu, Mohd Khairi turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam menjalankan sebarang urus niaga jual beli tanah atau hartanah serta memastikan semua dokumen disemak dan diuruskan melalui saluran sah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.