Usaha pembangunan Kampung Baru harus ambil kira kepentingan orang Melayu -Sultan Selangor
Labels:
Isu Semasa
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kepentingan dan kelangsungan orang Melayu ketika ini dan pada jangka masa panjang di Kampung Baru, Kuala Lumpur dipelihara.
Baginda bertitah, penempatan itu merupakan simbol penting kelangsungan serta maruah orang Melayu di ibu kota dan sebarang pembangunannya perlu mengambil kira kepentingan masyarakat Melayu.
“Sesungguhnya, Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak 1900. Justeru, beta ingin menegaskan Kampung Baru memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur.
“Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang,” titah baginda.
– UTUSAN