Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Magik Rompak raih RM5 juta dalam satu minggu (video)


Filem arahan Adrian Teh, Magik Rompak berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta menerusi tayangan sejak 11 September 

Berita itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram GSC Malaysia.


"Terima kasih Malaysia, Magik Rompak pecah panggung dengan kutipan RM5 juta!"

"Nampaknya Magik Rompak berjaya merompak hati rakyat Malaysia. Jadi yang belum menonton inilah masanya, jom serbu pawagam hari ini?" 

Filem ini mengisahkan seorang ahli silap mata bergabung dengan sekumpulan pencuri yang mahu membalas dendam terhadap individu yang berkuasa, Tan Sri Hamdan. 

Sasaran mereka ialah "Hati Kesuma", seutas kalung emas bertatah delima legenda bernilai jutaan ringgit, yang bakal dipamerkan di majlis persaraan mewah Tan Sri. Namun ketika rompakan, misi mereka diancam dengan khianat dan sifat tamak.

Memulakan tayangan umum sejak 11 September lalu filem ini ternyata mendapat respon positif netizen.

Filem Magik Rompak yang dibintangi Sharnaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Anderson,Nadhir Nasar dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.

-TunCarlos 

video: