Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Iran lancar peluru berpandu ke Qatar dan Iraq (video)


DOHA: Iran telah melancarkan enam peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar, dan satu lagi ke Iraq 

Berita antarabangsa sebelum ini  melaporkan bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan-pangkalan tersebut.


Sementara itu, beberapa letupan kedengaran di ibu negara Qatar, Doha, menurut seorang saksi Reuters, tidak lama selepas seorang diplomat Barat menyatakan bahawa terdapat ancaman dipercayai dari Iran terhadap pangkalan udara al-Udeid yang dikendalikan oleh AS di negara Teluk Arab itu sejak tengah hari.

Diplomat itu bercakap tidak lama selepas Qatar mengumumkan bahawa ia telah menutup ruang udaranya buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan penduduk dan pelawat.

Perkembangan itu adalah susulan ancaman Iran untuk membalas serangan AS ke atas tapak nuklearnya, lapor Reuters.

Agensi berita itu turut melaporkan saksi mendengar bunyi letupan di sekitar Doha, mencetuskan kebimbangan berhubung potensi ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk.

Sebelum ini, ada laporan yang memetik ada ancaman terhadap pangkalan Udara Al Udeid di Qatar sejak tengah hari Isnin.

Namun, tiada pengesahan atau maklumat terkini berhubung ancaman berikut.

Sementara itu, Reuters turut melaporkan bahawa sistem pertahanan udara di pangkalan udara Ain al-Asad di Iraq telah diaktifkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan.

Kementerian Pertahanan Qatar dalam kenyataan berkata, pihaknya bersedia sepenuhnya untuk menangani sebarang ancaman yang mungkin timbul.

Qatar juga memaklumkan bahawa tiada yang terkorban dilaporkan setakat ini susulan serangan terhadap pangkalan tentera AS tersebut.

-Reuters

video:

Berita terkini perkembangan Konflik di Telegram channel TunCarlos: KLIK SINI