'Nizar seorang professional, beliau takkan fitnah Sultan negeri sendiri' -Yana Najib
Labels:
Politik
Kenyataan Yana Najib:
Abang saya Datuk Nizar Najib, yang juga ADUN & EXCO Pahang telah membuat afidavit tambahan dan menyerahkan kepada mahkamah bersama satu salinan titah adendum yang mengarahkan Datuk Sri Najib diberi tahanan di rumah.
Datuk Nizar berkata Sultan Pahang menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Abang saya seorang yang amat professional. Sebagai EXCO Pahang, beliau tidak akan memfitnah Sultan negeri sendiri serta bekas YDPA dengan membuat afidavit menipu dan menyerahkan salinan titah adendum melibatkan nama YDPA ketika itu.
Difahamkan juga bahawa dokumen-dokumen tersebut pada mulanya boleh diakses orang ramai melalui sistem fail mahkamah sebgaimana mana-mana kes jenayah.
Tetapi pagi ini, dokumen-dokumen telah “di-seal” dari diakses orang umum
Keputusannya:
Mahkamah Rayuan tidak buat keputusan berkenaan titah adendum Najib hari ini kerana pihak kerajaan meminta mahkamah LEBIH MASA untuk membalas afidavit Datuk Nizar.
Mahkamah akan memberi tahu tarikh-tarikh baru kelak.
As expected.
The fight for truth and justice continues…
Sumber: Facebook Yana Najib
video: