Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fazura nekad bercerai demi maruahnya


KUALA LUMPUR: Aktres terkenal, Nur Fazura, 41, berkata beliau nekad meneruskan penceraian dengan suami yang juga aktor Fattah Amin, 33, demi maruah dan kesejahteraan hidupnya bersama anak, Nur Fatima Aisya, 4.

Melalui entri dimuat naik di Instagram (IG), Fazura turut memohon orang ramai mendoakan proses penceraian yang sedang dilaluinya berjalan lancar.


"Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi atas kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga," tulis Fazura pada kapsyen gambar sedang memeluk Fatima.

Fazura turut menjelaskan, dia mengambil keputusan selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.

"Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat, bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu lalu.

"Alhamdulillah dan terima kash sekali lagi kepada semua. Keputusan yang Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz," katanya.

'Sebagai seorang isteri dan ibu, Faz harapkan yang terbaik' - Fazura
Terdahulu, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada pagi Rabu.

Pasangan pelakon terkenal ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.