Pengerusi Veteran UMNO Paya Besar, Ghazali Jusoh mendakwa, seramai 156 perwakilan khususnya dalam kalangan veteran parti tersebut kecewa dengan Tengku Zafrul kerana tidak memfailkan afidavit bagi menyokong kewujudan Titah Adendum berhubung kes pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sepatutnya Tengku Zafrul membuat afidavit mengakui melihat dan membaca perintah tambahan Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang membenarkan Najib untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada ‘tahanan di rumah’ dan bukan di Penjara Kajang.
“Sebaliknya, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membuat afidavit di Mahkamah Tinggi tentang kewujudan titah terbabit, Tengku Zafrul bertindak sebaliknya.
“Beliau memfailkan afidavit tetapi bagi membetulkan fakta yang didakwa tidak tepat berhubung Titah Adendum tersebut.
sumber: Utusan