Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenaikan Diesel: Bantuan bersasar dan BUDI MADANI diagih mulai malam ini


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada tengah malam ini di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.


Katanya, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor sektor yang layak iaitu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah 'fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan' terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

"Selain itu, SKDS 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM 1.88 seliter dan diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penyasaran Subsidi Diesel di Kompleks Kementerian Kewangan, di sini hari ini.


X

­