Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

30 pelajar asrama di Tumpat diserang histeria ketika menunggu Isyak (video)


TUMPAT, KELANTAN – Suasana asrama di sebuah sekolah menengah di sini kecoh selepas 30 pelajar dipercayai diserang histeria malam tadi.

Seorang penduduk yang mahu dikenali Yantie, 20, berkata, kejadian itu berlaku semasa sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan selesai membaca al-Quran di dalam surau sekolah tersebut.


“Bekalan elektrik secara tiba-tiba terputus semasa pelajar menunggu solat isyak.

“Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar jeritan yang kuat sebelum suasana di dalam sekolah itu bertukar riuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Geting di sini hari ini.

Yantie memberitahu, jeritan itu menyebabkan ramai penduduk menghampiri pagar asrama sekolah untuk melihat keadaan yang berlaku.

Katanya, keadaan kembali pulih kira-kira dua jam kemudian selepas pelajar yang dipercayai diserang histeria dirawat menggunakan kaedah perubatan Islam.

-Sinar

video: