Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Umat Islam di Jogjakarta sambul Syawal hari ini


JOGJAKARTA –  Pelik tetapi benar. Ketika umat Islam di Malaysia dijangka sambut Syawal pada 10 April, beratus-ratus umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Masjid Aolia, Gunungkidul, Daerah Istimewa Jogjakarta apabila mereka menyambut lebaran pada hari ini, lapor portal berita CNN Indonesia.

Mereka menunaikan solat pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) dan bersalaman dengan jemaah lain di masjid tersebut sebelum kembali ke kediaman masing-masing.


Pimpinan jemaah Masjid Aolia, Raden Ibnu Hajar Pranolo berkata, penentuan Hari Raya Aidilfitri yang lebih awal daripada ketentuan pemerintah itu dibuat berdasarkan kalendar mereka, di mana 1 Syawal 1444 Hijrah jatuh pada hari ini.

“Malam tadi adalah malam 30 Ramadan,” katanya.

Anak ketiga Raden, Musa Assiqbilah menyatakan bahawa solat sunat itu dilaksanakan oleh jemaah Masjid Aolia di sejumlah tempat di Gunungkidul termasuk di Jogjakarta dan pelbagai daerah lain di wilayah Jawa Tengah.

Katanya, solat sunat Aidilfitri tersebut dilaksanakan jemaah yang berasal dari Jakarta, Bekasi, Bogor dan Bandung.

Menurut mereka, pengikut jemaah Aolia berada di seluruh dunia, dan ada juga di Malaysia turut menyambut Syawal pada hari ini. 

– Agensi

video: