Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Suspek kes tembak di KLIA berjaya diberkas di Kota Bharu


PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Husain Hafizul Harawi, 38, telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.


Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.