Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua kali dinafikan hak, Najib dan keluarga sudah nampak siapa kawan dan lawan -Nazif



 ‘Dua lambaian’

Terlihat dua tokoh politik negara ini melambai kepada penyokong masing masing. Dalam gambar ini juga jelas memperlihatkan senyuman diwajah mereka berdua. Namun wujudnya perbezaan ketara antara dua lambaian ini. 

Apakah perbezaan ini; saya nyatakan bahawa, lambaian DS Anuar adalah apabila pengampunan beliau diperkenankan dan beliau bebas hingga ke hari ini, dan lambaian DS Najib Razak pengampunan beliau dinafikan dan masih menjalani hukuman penjara hingga ke hari ini.

Apakah ini keadilan, sedangkan kedua mereka mendapat keampunan daripada Tuanku Agong?


DS Najib Razak ( Daddy ), hingga hari ini telah dinafikan hak beliau sebanyak dua kali semenjak beliau dipenjarakan, yang pertama sewaktu perbicaraan sedang berlangsung, dimana secara logiknya dan umum rakyat melihat bagaimana kurang adilnya beliau diadili sepanjang perbicaraan. Dan kedua, sepatutnya beliau mendapat keampunan untuk menjalani baki hukuman di rumah, tetapi hak beliau dinafikan.

Tangan - tangan ghaib yang mempunyai kuasa politik di Negara saya yang tercinta,  seperti berkesanggupan untuk meneruskan penganiayaan kepada insan yang banyak berjasa pada rakyat Malaysia ini. 

Tarian politik bermarajalela dalam ‘menyembunyikan’ titah Tuanku Agong, tarian politik berterusan ‘menipu’ keluarga saya serta rakyat. Secara tersusun apabila ‘bocornya’ adendum titah Tuanku perihal pengampunan Daddy, banyak Ahli Politik mula ‘menyusun’ alasan dan cerita untuk memberikan kewajaran mengapa ‘itu ini’ terhadap apa yang berlaku. 

Mereka lupa pada Daddy, mereka lupa jasa - jasa besar Daddy, tak mengapa, Daddy nampak sekarang siapa kawan dan siapa lawan. Serta kami keluarga Daddy pun tidak buta.

Penyokong - penyokong Daddy yang tidak pernah berganjak dalam mengutus doa pada yang Maha Besar Azzawajalla untuk Daddy, masih untuh pendiriannya walau semenjak dua menjak ini ramai yang telah gugur, Innalillah hiwainnalillahi rojiun. 

Kami yang masih berdiri dengan harapan Daddy di adili dengan baik oleh Kerajaan sekarang melihat dengan jelas laungan Ahli politik yang dahulunya adalah bukan kerajaan, dan kini menjadi kerajaan berubah nada suara dan hanya mendokong keadilan hanya untuk diri mereka semata mata, sedangkan apabila berlaku pada insan yang bukan dalam parti politik mereka, mereka menjadi ‘bisu dan buta’.

Jujur, saya sedih kerana Daddy ‘diperkudakan’ dan kini ‘dibiarkan’.. 

Pada Allah saya mengangkat Doa, agar sumpah laknat Daddy di Masjid Kampong Baru sikit masa dulu, akan di perkenankanNYA. Kerana, penganiayaan ini adalah jelas dan terang.

Dusunting dari: Nazif Najib

#nazifnajib
#justicefornajib
#syawal1445