Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua helikopter TLDM terhempas, semua kru maut (video)



LUMUT: Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.


Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato’.

MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24

1. 0945H - POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3)  dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

2. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

3. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

4. BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

5. Mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) - 7 orang kru:

(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM - PM Skuadron 503.

(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.

(5) TBC

(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) - 3 orang kru:

(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.

(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

6. Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

7. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

8. Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.

video: