Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BMW i7 terbakar selepas terbabas dekat Lebuhraya DUKE (video)


Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Taman Setiawangsa pada Khamis.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta pada jam 2.13 pagi.


"Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta elektrik jenis BMW i7 dan didapati 100 peratus terbakar," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta terbabit terlibat dalam kejadian.

"Seorang mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun mangsa wanita dewasa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Walaubagaimanapun, terdapat info mengatakan kejadian itu berlaku berpunca dari tayar kereta tersebut bocor sebelum kemalangan, perkara itu dikongsi melalui laman Instagram chef selebriti terkenal, Chef Wan.

SUMBER : Sinar Harian