Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bengang akaun dipadam 'cybertrooper' PN mahu saman Tik Tok


Selepas berkali-kali menghantar e-mel dan tidak mendapat sebarang maklum balas sepatutnya, aktivis media sosial PN, Ratu Naga, menghantar surat tuntutan kepada tiga pihak menuntut agar akaun TikToknya diaktifkan semula.

Tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Daim & Gamany bertarikh 25 April, serta disahkan penerimaannya sehari kemudian.


Menurut notis itu, Ratu Naga - atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah - menuntut Tiktok Pte Ltd, Bytedance System Sdn Bhd dan Bytedance Sdn Bhd memenuhi tuntutan berkenaan.

Mereka diberikan tiga hari untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, Ratu Naga berkata akaun TikToknya ditutup tanpa alasan yang munasabah dan ia "banyak terjadi" ke atas rakyat Malaysia yang lain.

"Saya telah e-mel kepada TikTok berkali-kali namun tiada tindakan susulan yang saya terima.

"Dengan itu saya tiada pilihan lain selain menghantar notis peguam kepada Tiktok untuk tindakan selanjutnya," kata aktivis berkenaan.

Sementara itu menurut notis yang dikeluarkan tu, Ratu Naga membuka akaun TikTok pada 2020 dan ia disekat tanpa sebarang alasan yang wajar.

"Kami selanjutnya diarahkan bahawa pelanggan kami mempunyai perjanjian yang mengikat secara sah dengan anda di mana anda menjana pendapatan apabila pelanggan kami menggunakan perkhidmatan di TikTok melalui penjualan produk atau penempatan produk, hadiah penonton, pelanggan dan sebagainya.

"Larangan ke atas akaun pelanggan kami telah menyebabkan kerugian kewangan yang dialami oleh pelanggan kami.

"Kami dengan ini diarah meminta supaya akaun TikTok tersebut seperti yang dinyatakan di atas diaktifkan semula dalam tempoh tiga hari dari tarikh ini.

"Sementara itu, pelanggan kami menyimpan semua haknya," kata notis berkenaan.