Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Putin memang besar, kekal Presiden Rusia atasi rekod Josef Stalin


MOSCOW: Presiden Vladimir Putin menang besar dalam Pilihan Raya Presiden yang berlangsung selama 3 hari sejak 15 Mac lalu.

Ia berdasarkan keputusan hasil tinjauan pendapat awal oleh badan pemerhati Yayasan Pusat Kajian Pendapat Awam Rusia (VCIOM).

Antara lain, keputusan awal itu mendedahkan Putin, bekas perisik KGB, menang dengan mendapat 87.8 peratus undi.


Manakala saingannya, calon Komunis Nikolai Kharitonov menduduki tempat kedua dengan hampir 4 peratus undi.

Vladislav Davankov pula di tempat ketiga dan ultra-nasionalis Leonid Slutsky di tempat keempat dengan masing-masing memperoleh hanya 3.8 dan 3 peratus undi.

Kemenangan Putin dalam keputusan awal itu adalah yang paling bergaya pernah dicatatkan bagi pemimpin pasca-Soviet.

Kemenangan itu bermakna Putin dengan mudah menjamin satu tempoh enam tahun penggal yang baharu, sekali gus membolehkannya mengatasi rekod Josef Stalin selain menjadi pemimpin Rusia yang paling lama berkhidmat.

Kemenangan juga akan mengukuhkan lagi cengkaman kuasanya di negara itu.

Beliau masih mencatatkan kemenangan di sebalik ribuan pembangkang mengadakan protes di stesen pengundian pada waktu tengah hari dan kritikan Amerika Syarikat bahawa pengundian itu tidak bebas atau adil.

Bagi Putin, yang pertama kali naik kuasa pada tahun 1999, keputusan adalah cerminan untuk menega.skan kepada kepada barat bahawa pemimpinnya perlu menghadapi Rusia yang semakin berani, sama ada dalam peperangan atau dalam keamanan, untuk bertahun-tahun akan datang.

Pilihan Raya Presiden Rusia diadakan lebih dua tahun selepas Putin memulakan konflik Eropah paling buruk sejak Perang Dunia Kedua dengan melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine.

Perang yang berpanjangan menggantung proses pilihan raya di beberapa wilayah di Ukraine.