Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aliff Aziz dicekup khalwat dengan pelakon wanita popular


Kuala Lumpur: "Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)," kata adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah sekali gus mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.


"Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

"Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan," katanya ketika ditemui di pejabat Jawi.

Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.

"Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

"Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama," katanya.

Isteri Aliff Aziz, Bella bersama adiknya di pejabat Agama jam 2 pagi


Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, pasangan selebriti yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasj yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.