Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Semua cawangan Elews Mart ditutup, janji bayar hutang sebelum 30 Jun



 
KUALA LUMPUR- Kesemua cawangan pasar raya penceramah bebas dan dermawan, Ebit Lew ditutup.

Dalam satu notis dengan kepala surat Elews Mart Sdn Bhd bertarikh 15 Januari 2024, rangkaian pasar raya itu memaklumkan penutupan semua cawangan yang ditujukan kepada semua pembekal.

“Semua pembekal Elews Mart Sdn Bhd, adalah dimaklumkan, Elews Mart akan menutup semua cawangan kedai secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.


“Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.

“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” kata notis berkenaan.

Dalam pada itu, pihak Elews Mart Sdn Bhd juga berharap kerjasama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Segala pertanyaan boleh diemel kepada kerani.elews777@gmail.com.