Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menangkis alasan Rafizi, 1MDB punca ringgit lemah


Ini hantaran bagi menjawab menteri itu yang baru-baru ini telah memberi alasan bahawa 1MDB adalah punca Ringgit sering cecah paras paling rendah dalam sejarah ketika ini.

PUNCA-PUNCA UTAMA SEBENAR KENAPA RINGGIT LEMAH SEKARANG BERBANDING HAMPIR SEMUA NEGARA-NEGARA LAIN


𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟏: Eksport Malaysia (tengok graf) sudah turun 10 bulan berturut berbanding tahun selepasnya. Purata penurunan bagi tahun 2023 ialah 8% manakala data paling baru ialah eksport turun 10% pada bulan Dis 2023 berbanding bulan Dis 2022 tahun sebelumnya.

𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟐:  Pelaburan Asing (FDI) Malaysia (tengok graf) bagi 3 suku pertama tahun 2023 telah turun sekitar 60% berbanding tahun 2022. Data bagi Suku 4 tahun 2023 belum keluar lagi.


𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟑: Pertumbuhan ekonomi sebenar Malaysia bagi tahun 2023 ialah 3.8% iaitu jauh di bawah unjuran penganilisa-penganalisa dan juga unjuran kerajaan dalam bajet 2023 iaitu 4.5% ke atas.

Kegagalan kerajaan untuk memberi unjuran yang tepat dalam bajet  juga sedikit-sebanyak telah menghakis keyakinan pelabur pada kebolehan kerajaan bagi pengendalian ekonomi.

𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟒: Seperti diumum PMX beberapa hari lalu (dan seperti pengiraan saya), hutang negara telah naik dari RM1.179 trilion dengan nisbah 60.3% pada akhir tahun 2022 ke RM1.2 trilion dengan nisbah 65% ketika ini. 

Ini adalah kenaikan RM121b sejak kerajaan Madani memerintah. Lagi bimbang ialah nisbah hutang kepada KDNK naik dari 60.3% ke 65% sekarang. Had hutang yang ditetapkan kerajaan ialah 65%. Jadi, mungkin ada keperluan untuk kerajaan membawa usul ke parlimen untuk naikkan lagi had hutang dari 65% ke 70% agar kerajaan tidak langgar undang-undang sendiri.

Ketika masa Najib, had hutang kerajaan ialah 55% (dinaikkan dua kali selepas PRU14 ke 65%) manakala jumlah hutang pada akhir tahun 2017 ialah RM686.8b dengan nisbah hutang 50% setelah Najib berjaya turunkan defisit kerajaan bagi 8 tahun berturut.

Setelah Najib dijatuhkan jumlah hutang negara telah naik RM523 bilion manakala nisbah hutang sudah naik 15%.

Dan antara sebab-sebab utama kenapa hutang negara hampir berganda selepas PRU14 ialah:

1) Ganti GST dengan SST yang kurangkan hasil kerajaan dengan purata RM30b setahun maka RM30b X 6 tahun = RM180b
2) Kembalikan subsidi pukal yang menambah beban perbelanjaan kerajaan sebanyak RM30b setahun juga RM30b X 6 tahun = RM180b
3) Ekonomi yang lembab memanjang sejak PRU14 turut menurunkan hasil tahunan kerajaan.

Dan langkah-langkah selepas PRU14 ini juga yang telah menyebabkan Malaysia diturunkan penarafan kredit dari gred A ke gred B selepas PRU14 yang turut memberi lebih tekanan kepada nilai Ringgit. 

𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟓: Beberapa penganalis-penganalis mula turunkan unjuran bagi harga minyak tahun 2024. Sebagai contoh, penganalis CITI group telah turunkan unjuran ke US$74 satu tong bagi tahun 2024 dan US$60 bagi tahun 2025. 

Namun Bajet 2024 kerajaan menggunakan unjuran harga US$85 satu tong. Setiap kejatuhan US$1 bagi harga minyak merugikan hasil pada kerajaan sebanyak RM300 juta. 

Jika unjuran salah maka Bajet akan lari.

𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟔: Kerajaan Malaysia sendiri unjurkan kadar inflasi bagi tahun 2024 akan naik sehingga 3.6% susulan tindakan kerajaan sendiri untuk mengenakan pelbagai cukai baharu, menaikkan kadar cukai, menaikkan harga bulanan elektrik, air serta Indah Water dan rancangan untuk menaikkan harga petrol/diesel dengan menghapuskan subsidi pukal.

Secara amnya, bika kadar inflasi naik maka nilai matawang akan turun. Tapi dalam konteks Malaysia ketika ini, ianya memberi kesan yang lagi besar sebab kadar faedah OPR kita ialah 3.0% sekarang. Jika kadar inflasi naik ke 3.6% seperti diunjur kerajaan maka REAL rate dari faedah OPR 3.0% akan menjadi negatif. Pelabur asing mana nak labur dalam Malaysia sekiranya mendapat pulangan negatif 0.6%?

𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 𝟕: OPR Malaysia masih rendah berbanding kadar faedah negara USA. Biarpun ramai yang unjur USA akan turunkan kadar faedah mereka tahun ini, malangnya data-data ekonomi terbaru USA tidak mengizinkan penurunan kadar faedah USA dalam masa terdekat.

Kelemahan ekonomi China ketika ini juga memberi kesan kepada nilai Ringgit sebab ekonomi Malaysia sangat berkait dengan China memandangkan China adalah pasaran eksport terbesar bagi Malaysia. 

DAN itulah punca-punca utama sebenar kenapa nilai Ringgit semakin lemah. Punca-punca dalaman negara dan dari luar.

Terpulang kepada pembaca mana jawapan yang lebih menyakinkan - jawapan ini atau jawapan Menteri tersebut yang salahkan 1MDB dan Najib.