Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lima penghantar makanan didakwa membunuh pemandu di Semenyih, tiada jaminan


 
BANDAR BARU BANGI – Lima lelaki penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan, di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor, minggu lalu.

Kesemua mereka dituduh membunuh seorang lelaki, Shahril Samad, 41 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pda jam 9.54 malam, 20 Februari lalu.


Tertuduh, Mahazir Nordin,43, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri,41, Syamdul Qamar Ayob,40, Azharul Azuan Mohd Azan,34, Tengku Izham Tengku Hamid,22,  hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tiada hukuman mati, hendaklah disebat sebanyk 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman dan  semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.

Tiada jaminan ditawarkan  kepada kelima-lima tertuduh dan mahkamah menetapkan 25 April depan untuk serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

Sebelum ini media melaporkan , seorang lelaki diikat tangannya sebelum ditarik keluar oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga maut.

Kejadian tragis itu berlaku selepas mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga terbabit dalam kemalangan dengan seorang penghantar makanan.

Sejurus kemalangan, mangsa dilihat dikejar hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

 – MalaysiaGazette