Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Semua jajaran lebuhraya tanpa tol Pan Borneo Sarawak dibuka akhir bulan ini


KUCHING: Semua jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka dibuka sepenuhnya kepada orang awam menjelang penghujung bulan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berdasarkan kemajuan projek itu yang kini mencapai 98 peratus siap.


Pencapaian itu menjamin perjalanan orang ramai untuk balik kampung pada musim perayaan Krismas dan tahun baharu akan lebih lancar.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 19 daripada 25 seksyen projek lebuh raya itu siap sepenuhnya dan sudah dibuka kepada orang awam.

"Bagi seksyen Bukit Bengunan yang terletak di bawah Pakej Kontrak Kerja 04 dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember ini.

"Lima seksyen lagi iaitu seksyen Sarikei Tatau dan Bintulu, Beluru dan

sepanjang 34.5 kilometer seksyen Lambir akan siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2024," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Nanta berkata, pencapaian projek itu adalah kejayaan semua pihak yang terbabit sejak ia dimulakan pada tahun 2015.

"Sepanjang tempoh masa projek ini berlangsung, banyak cabaran dan dugaan telah dihadapi.

"Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan penyiapan projek ini, seperti perubahan pendekatan daripada Rakan Pelaksana Projek (Project Dilevery Partner- PDP) ke kaedah konvensional, sekatan aktiviti pembinaan semasa pandemik Covid-19, sekatan kemasukan pekerja asing, kekurangan bekalan bahan pembinaan dan akhirnya menyebabkan peningkatan kos kepada operasi pihak kontraktor," katanya.

Menurutnya lagi, projek mega yang kini menjadi kenyataan itu sinonim dengan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang memperjuangkan agar projek bernilai RM16 bilion itu dilaksanakan dari Telok Melano, Sematan sehingga ke Jalan Pujut Link di Miri sepanjang 786 kilometer.

"Kita tidak dapat menafikan peranan Allahyarham Tok Nan kerana beliau tidak berhenti-henti memperjuangkan projek ini bersama pucuk kepimpinan ketika itu sehingga ianya terlaksana.

"Penghargaan harus juga diberikan kepada mantan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mana beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerana projek ini bermula ketika beliau merupakan menerajui Kementerian Kerja Raya yang turut bertanggungjawab menjadi wakil Sarawak di peringkat Persekutuan memperjuangkan projek ini untuk Sarawak," katanya.

Beliau berkata, kewibaan Fadillah menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin memberi amanah kepada beliau untuk membantu KKR memastikan bukan sahaja projek Lebuhraya Pan Borneo, malah projek Sarawak-Sabah Link Road (Fasa I dan Fasa II), dan Lebuhraya Trans-Borneo (LTB) dilaksanakan seperti yang dirancangkan oleh kerajaan.

Nanta turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat baginda kerana berkenaan mencemar duli bersama-sama rakyat Sarawak menyelusuri Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada program Kembara Kenali Borneo.

Video: PAN BORNEO, Agong zahir penghargaan ke atas DS Najib