Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ruby tiba di lokasi jejak pembunuh Zayn Rayyan


Petaling Jaya: Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Anjing pengesan bernama Ruby itu tiba pada 1.50 tengah hari dan dilihat melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air.


Pasukan forensik PDRM Bukit Aman turut dilihat menjalankan siasatan di tempt kejadian.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, polis akan memeperincikan lagi maklumat yang diperolehi.

"Fokus siasatan hari ini adalah melihat lagi keterangan berkaitan tempat kejadian dan kawasan sekitar untuk mendapatkan maklumat berkaitan penduduk.

"Melaui keterangan itu, kita cuba kecilkan siasatan untuk mengesan suspek," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.