Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MP Bersatu Bukit Gantang pula umum sokong Anwar


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).


"Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri.

"Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat MADANI menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf," katanya.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen daripada BERSATU bertindak menyokong Anwar.

Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.