Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH menang besar di Parlimen Pulai, pertahan DUN Simpang Jeram


Johor Bahru: Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai apabila calonnya, Suhaizan Kayat, menang di kerusi berkenaan.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 9.20 malam membabitkan 228 daripada 298 jumlah peti undi.

Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor meraih 36,703 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 24,035 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 408.


Suhaizan meraih kemenangan dengan majoriti 12,668.

Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Cubaan kali ketujuh Suhaizan yang juga Ketua AMANAH Bahagian Pulai itu akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan kepadanya.

Pada PRU-15 November lalu, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726 manakala Loh Kah Yong daripada Perikatan Nasional (PN) meraih 20,677.

Sementara itu di DUN Simpang Jeram, calon Pakatan Harapan (PH), Ir Nazri Abdul Rahman menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selepas semua 69 peti undi kira sebentar tadi.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 8.30 malam tadi.

Menurut keputusan tidak rasmi, Nazri mendahului dengan 13,844 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya mendapat 10,330 undi dan calon Bebas, S Jeghanaathan mendapat 311 undi.

Keputusan penuh itu menyaksikan PH berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tinggi.

-TunCarlos