Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN Jepak meninggal dunia


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak di Bintulu, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia, hari ini.

Sumber Pejabat Premier Sarawak mengesahkan kematian bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) itu.


Bagaimanapun, kerajaan Sarawak belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Talib, menjadi ADUN Jepak selama enam penggal meninggal dunia dua hari selepas sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-72 iaitu pada 13 September.

“Jenazah akan diuruskan di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang pada malam ini juga,” kata keluarga.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243. 

– Bernama