Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyanyi popular, Rohana Jalil meninggal dunia


SHAH ALAM - Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil yang terkenal dengan lagu "Rayuanku"  dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, Rohana, 68, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pemergiannya disahkan oleh rakan artis Zur Eda.


" Ya Kak Ana (Rohana) kembali ke rahmatullah pada jam 11.33 malam"

"Dia meninggal dunia di sisi keluarga." katanya ringkas.

Sebelum ini Rohana dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.

Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru, buah pinggang dan juga jantung. 

Bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarhamah.

-Sinar