Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mendiang Gopal Sri Ram antara penerima sebahagian dana RM23 juta Najib -Saksi


Ada media yang keliru tentang bayaran RM23 juta ini seperti diterangkan oleh saksi dalam perbicaraan kes 1MDB semalam.

Ianya bukan hanya untuk penulisan ucapan Najib tetapi bahagian besar ialah untuk khidmat pasukan media antarabangsa untuk Najib dan negara untuk tempoh 3 tahun dari 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014.

Tajuk yang dikeluarkan media pada Rabu

Seperti dikatakan saksi semalam, ramai yang bantah kerajaan membayar RM76.8 juta kepada syarikat APCO Worldwide (iaitu syarikat PR terkemuka dunia) untuk khidmat yang sama bagi tempoh satu tahun sebab pembangkang masa itu kata syarikat itu ada pekerja Yahudi.

Maka Najib batalkan kontrak dengan APCO Worldwide dan memberi tugas itu kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd secara peribadi dengan kos RM23 juta untuk 3 tahun (atau RM7.7 juta setahun berbanding RM76.8 juta setahun).


Perlu ingat bahawa khidmat media antarabangsa adalah satu keperluan bagi seorang Perdana Menteri dan bagi negara.

Perlu tahu juga yang RM76.8 juta setahun bagi APCO dibayar oleh kerajaan tetapi RM23 juta untuk 3 tahun itu dibayar sepenuhnya oleh Najib sejak tahun 2011.

Dana RM23 juta ini juga adalah dari sumber RM642 juta yang Najib terima dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Saudi Arabia.

Sepatutnya kerajaan yang patut tanggung kos RM23 juta sebab ianya khidmat keperluan tetapi akhirnya Najib juga yang tanggung walaupun dia boleh claim dari kerajaan tetapi tak pernah buat.

Namun beberapa media-media tempatan tak lapor perkara ini dengan jelas.

Saksi semalam juga mengesahkan bahawa sebahagian dana RM23 juta yang dia terima dari Najib turut digunakan untuk membayar mendiang Gopal Sri Ram sebagai kos guaman.

Maksudnya Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai pendakwa raya kerajaan bagi kes 1MDB juga antara penerima dana dari Najib yang mereka dakwa adalah dari 1MDB.

Namun dia pula tidak dikenakan AMLA sebagaimana ramai lagi penerima dana 1MDB didakwa ketika itu.

Berikut adalah kenyataan saksi mengenai skop perkhidmatan syarikat tersebut:

"Skop perkhidmatan yang disediakan oleh Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd melalui pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan Bahasa Inggeris Mohd Najib ini merangkumi penyediaan deraf dan penyempurnaan teks ucapan dalam Bahasa Inggeris untuk beliau dalam atau luar negara, menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temuduga sewaktu lawatan rasmi ke luar negara dengan media dan menyediakan deraf temuduga atau artikel oleh Mohd Najib dalam majalah atau suratkhabar antarabangsa," katanya.

Katanya, mereka yang menganggotai pasukan itu berpengalaman luas di peringkat tertinggi antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif APCO Malaysia dan wartawan The Times UK, Paul Stadlen; penasihat media kepada bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Tony Blair, Benedict Macon Cooney; Charlotte Carr (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Gordon Brown); Samuel Coates (penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK David Cameron); Alexander Marklew (ketua penulis ucapan kepada bekas Perdana Menteri UK, Teresa May dan Boris Johnson, dan Lachlan Mackenzie (ketua komunikasi global syarikat Facebook dan penulis ucapan kepada bekas Menteri Kanan Tenaga dan Perubahan Iklim UK).


sumber: FB Najib Razak