Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kertas siasatan terhadap Shahidan, Hadi diserahkan kepada Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan kertas siasatan mengenai rancangan menjatuhkan kerajaan membabitkan dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan polis itu membabitkan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau).

Katanya, polis sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC selepas kedua-dua kertas siasatan itu diserahkan.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 ke atas kenyataan Ahli Parlimen Arau (Shahidan) berkaitan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Selain itu, polis juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke atas kenyataan dalam video Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi) berkaitan menumbangkan kerajaan sedia ada melalui sistem demokrasi negara.

"Kedua-dua kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak AGC untuk arahan lanjut," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan tindakan kerajaan terhadap pihak yang merancang menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, khususnya Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan bersifat menderhaka.