Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TPM Zahid ikrar bantu pengurusan bekalan air dan pembenihan awan di Kedah


KENYATAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Selepas sahaja mendapat laporan terhadap keadaan paras air di Empangan Muda Kuala Nerang, Kedah pagi tadi saya mengambil keputusan untuk terus melihat situasi sebenar dan terkini di lokasi. 

Saya telah pergi ke Kem Gubir untuk memantau sendiri operasi yang dijalankan oleh Tentera Darat Malaysia yang juga merupakan kesinambungan daripada operasi terdahulu untuk menjaga kawasan sasaran penting iaitu kawasan tadahan air di Sungai Muda, Kedah. 

Kerajaan komited menyelaraskan langkah-langkah pengurusan bekalan air ini demi kepentingan rakyat. Ini bagi memastikan bekalan air bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian sentiasa mencukupi.


Pastinya, taburan hujan di kawasan ini juga menurun, namun dengan adanya pengurusan yang sistematik, bekalan air dapat sentiasa disalurkan kepada rakyat.

Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan tindakan pembenihan awan dengan segera khususnya di tujuh kawasan empangan yang dijangka paras air akan menurun dan terjejas. 

InsyaAllah, dengan komitmen dan koordinasi semua pihak, masalah bekalan air bagi penggunaan domestik untuk kegunaan rakyat ini dapat diuruskan sebaiknya.

#UMNOJuaraRakyat

video: 


Disunting dari: FB Zahid Hamidi