Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Status terkini semua kes Najib


 STATUS TERKINI KES-KES NAJIB

1. SRC RM42 juta. 
- dalam proses semakan kehakiman;
- keputusan akan diketahui pada akhir bulan ini iaitu 31 Mac 2023.

2. 1MDB-Tanore
- masih dalam perbicaraan pada fasa kes pendakwaan;
- Zeti masih belum sempat memberi keterangan di Mahkamah walaupun telah dijadualkan pada bulan Nov 2022 lalu.
- dua minggu lalu, pendakwaan telah minta perbicaraan kes dilanjutkan lagi sehingga pertengahan bulan Nov 2023.

3.. 1MDB-IPIC
- perbicaraan belum bermula selepas 4 tahun didakwa
- Najib didakwa salah guna kuasa membabitkan RM6.6 bilion bagi menjayakan perjanjian penyelesaian IPIC;
- namun tindakan Najib terbukti benar bila IPIC telah membayar US$1.8 bilion (RM8.08 bilion) kepada 1MDB dua minggu lepas  selain bersetuju melabur US$1.5 bilion di Malaysia sebagai penyelesaian;
- memandang perkembangan ini, Najib mungkin akan fail surat representasi untuk gugurkan kes. 

4. Laporan Audit 1MDB (menang Mac 2023)
- Najib telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi;.
- Mahkamah mendapati tiada bukti Najib pernah arahkan sesiapa untuk pinda laporan audit;
- Mahkamah juga mendapati bahawa pindaan-pindaan adalah remeh, tidak mempunyai sebarang impak yang nyata dan patut dipinda pun.
- namun, pendakwaan telah failkan rayuan terhadap keputusan kes ini pada minggu lepas.


5. Lucut hak RM114 juta (menang Mei 2021)
- Najib telah beberapa kali menang perbicaraan kes ini dan berjaya membuktikan wang tersebut adalah dana pilihan raya PRU14 milik parti;
- Mahkamah juga putuskan tiada bukti bahawa dana tersebut adalah hasil dari sebarang kegiatan haram.

6. Lucut hak barangan milik keluarga Najib (menang Nov 2022)
- Najib telah beberapa kali menang perbicaraan kes ini dan berjaya membuktikan kebanyakan barangan tersebut adalah hadiah peribadi yang dikumpul sejak puluhan tahun lalu;
- Mahkamah juga putuskan tiada bukti bahawa barangan tersebut adalah hasil dari sebarang kegiatan haram.

sumber: FB Najib Razak