Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Shahrir Samad dedah, Hadi akan 'tebuk atap' buat kali kedua


Oleh: Shahrir Samad

Semasa PRK DUN Semenyih pada Feb 2019, Hj Hadi telah berjumpa Tun Dr Mahathir, PM PH. 

Ianya perjumpaan antara mereka berdua bagi kali yang kedua. Kali pertama, Presiden PAS itu datang bersama pemimpin-pemimpin PAS yang rapat dengan Hj Hadi.

Selepas perjumpaan itu, Presiden PAS mengeluarkan kenyataan menyokong Tun Mahathir sebagai PM sehingga hujung penggal Parlimen ke-14.



Kemudian, enam ahli parlimen BN telah, tanpa pengetahuan UMNO, juga mengistiharkan sokongan yang sama kepada Tun Mahathir. Kenyataan mereka ini dibuat sebelum PRK Parlimen Tg Piai.

Kedua-dua pengistiharan sokongan ini adalah petanda pelaksanaan 'Langkah Sheraton' dimana PAS dan sekelompok ahli parlimen UMNO-BN menyokong Tun Mahathir sebagai PM. 

Jatuhnya PH. Naiklah kerajaan PN. Pencetusnya ialah PAS.


Sekarang sekali lagi PAS memulakan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan menaikkan kembali sebuah kerajaan tajaan PAS.

Sekali dah berjaya. Kali kedua, cuba lagi. Hj Hadi sudah beri amaran awal Mac 2023. Tunggu dan lihat.



#HonestPolitics 
#DishonestPower


Disunting dari: FB Shahrir Samad