Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KKM tarik balik 14 ubat batuk dari pasaran


Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah  membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia. 

Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat

Manakala Agent Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebagai pra pembedahan untuk merehatkan otot otot.

Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodine dalam 12 bulan sebelum pembedahan, adalah faktor risiko untuk  kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular. 


Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini dan tidak mungkin untuk mengenal pasti populasi pesakit yang manfaat pholcodine melebihi risikonya, keputusan telah diambil untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran 

https://npra.gov.my/index.php/en/component/content/article/449-english/safety-alerts-main/safety-alerts-2023/1527471-pholcodine-risk-of-anaphylaxis-to-neuromuscular-blocking-agents-nmbas.html?Itemid=1391