Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Wanita UMNO dilantik Pengerusi Risda


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad dikatakan dilantik sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu.

Ia susulan tular ucapan tahniah kepada ketua Wanita Umno itu, disiarkan di Facebook agensi berkenaan yang kemudiannya dipadam.

FMT menghubungi Noraini namun belum mendapat maklum balas.

Bagaimanapun, sumber mengesahkan beliau dilantik ke jawatan itu.


Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai timbalan pengerusi Tekun Nasional.

Tekun Nasional adalah agensi bertangungjawab menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Perkara itu didedahkan dalam surat tular daripada Pejabat Perdana Menteri, dengan bekas Ahli Parlimen Kapar, Sani Abdul Hamid dinamakan sebagai pengerusi Tekun Nasional.

Ketika dihubungi FMT, Sany berkata belum dimaklumkan mengenai pelantikan itu.

“Saya pun tak tahu lagi. Saya pun belum dapat lagi surat. Saya tak berani komen,” katanya.

Dalam surat sama, bekas ketua menteri Sabah dan bekas presiden Upko, Bernard Dompok dilantik sebagai pengerusi SME Corp.

Sebelum ini, bekas ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai pengerusi Mara dan Ahmad Jazlan Yaakub pengerusi Felcra.

Pelantikan semula Jazlan pada mulanya diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu, namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian berkata ia ditangguhkan.