Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Johari sepatutnya berani dedah muslihat kerajaan lalu jadikan Najib korban politik' -Puad


KUALA LUMPUR – Kaedah penyelesaian dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bank Goldman Sachs dengan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam Parlimen baru-baru ini memang menimbulkan tanda tanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah kerajaan ketika itu berpuas hati apabila misi memenjarakan Datuk Seri Najib Razak tercapai, maka jumlah bayaran balik yang sedikit bukan lagi isu.

Menurutnya, dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan sri Tommy Thomas membatalkan perjanjian supaya syarikat yang menguruskan dana kekayaan di Abu Dhabi itu membatalkan bayaran balik kepada 1MDB pada 10 Disember 2020.

“Mungkin motifnya ialah naratif wang 1MDB ‘kekal hilang’ boleh dimainkan?

“Najib adalah mangsa politik. Memang kartoon,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Cuma, katanya, Johari sewajarnya membuat desakan total.


Bukan sahaja Goldman Sachs dan pegawai kanannya patut didakwa tetapi siasat juga kenapa kerajaan dahulu tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Malah, katanya, Johari sepatutnya lebih berani mendedahkan muslihat politik itu yang mana tujuannya ialah menjadikan Najib korban politik’.

“Sebab itu ramai penipu apabila tidak didakwa. Mereka dijadikan “crown witness”.

“Matlamatnya ialah untuk memenjarakan Najib sahaja. Ada pula saksi penting seperti Jho Low dan Nik Faisal tidak dibawa balik hingga ke hari ini. Macam disengajakan?,” katanya. 

– MalaysiaGazette