Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Teliti dulu sebelum terima "tong sampah" seperti Zahidi -PKR Perlis


Kepimpinan PKR harus berhati-hati untuk tidak menerima pemimpin dalam kategori "tong sampah" seperti bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin, kata Naib Pengerusi PKR Perlis, Asrul Nizan Abd Jalil.

Menurutnya, kepimpinan PKR perlu meneliti terlebih dahuu sebelum membuat keputusan menerima penyertaan Zahidi.

Langkah tersebut juga katanya penting supaya hubungan antara parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan tidak terganggu.

"Sebagai sebuah parti membawa agenda reformasi, kita amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai PKR khususnya untuk menjayakan agenda Malaysia Madani namun kita dah ada pengalaman sebelum ini di mana adanya pemimpin yang tergolong dalam kategori ‘tong sampah’.

“Berapa ramai dah pemimpin lawan yang kononnya tokoh dari parti tertentu masuk ke PKR dan diangkat sehingga mendapat jawatan namun akhirnya mereka khianat dengan menikam kita balik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bersama Media di Kangar, semalam, lapor Utusan Malaysia.

Semalam Zahidi yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar berkata dia dan kira-kira 100 penyokongnya akan mengemukakan permohonan menyertai PKR hari ini.

Mengulas lanjut, Asrul berkata Zahidi sekiranya PKR menerima Zahidi yang merupakan bekas pemimpin Umno pastinya langkah itu akan menjejaskan hubungan dalam kerajaan Perpaduan sehingga memberi kesan di peringkat nasional.

“Pastinya sukar untuk meneruskan hubungan kerjasama sekiranya PKR tidak mengambil kira sensitiviti dengan menerima pemimpin yang telah mengkhianati partinya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun Asrul berkeyakinan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dapat membuat penilaian dan keputusan dengan sebaiknya berhubung penyertaan Zahidi dalam parti itu.


Zahidi disingkirkan daripada Umno pada November lalu selepas bertanding di kerusi Padang Besar sebagai calon bebas pada PIlihan Raya Umum Ke-15.

Dia bagaimanapun tewas di kerusi berkenaan dan hilang wang deposit.

Semalam, Zahidi mendakwa dia hanyalah “pemimpin kecil" yang tidak akan mengancam Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti komponennya.

Katanya, dia juga bukan seperti ahli Umno yang dipecat baru-baru ini, Khairy Jamaluddin yang mungkin mengancam cita-cita politik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

-Malaysiakini