Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyelesaian hutang USD1.8 billion IPIC kepada 1MDB bukti bahawa Najib tak bersalah


Penyelesaian hutang oleh IPIC sebanyak USD1.8 billion kepada 1MDB adalah bukti bahawa DS Najib Razak tidak bersalah

Setiap Ringgit wang 1MDB yang hilang adalah selepas ia dijamin atau dipindahkan ke IPIC.

Kerana itulah Najib menandatangani perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan IPIC pada tahun 2017 untuk mendapatkan kembali antara USD 4.5 billion sehingga USD 7 billion supaya tiada wang 1MDB yang kekal hilang.

Panggilan telefon antara Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi (kini Presiden UAE) pada 22 Julai 2016 yang dibocorkan oleh Lateefah Koya sebenarnya membuktikan rundingan dan usaha Najib untuk mendapatkan semula wang yang akhirnya membawa kepada perjanjian penyelesaian pada tahun 2017.

"Najib (rujuk gambar) berkata ia menunjukkan percubaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB secara baik antara kedua-dua negara, dan dia dan anak tirinya Riza Shahriz Abdul Aziz tidak mengetahui sumber dana yang dilaburkan ke dalam syarikat Riza, Red Granite Pictures."

"Jan 2020: Rakaman membuktikan kes saya- Najib"

Tarikh  30 Dis 2020 telah ditetapkan sebagai tarikh akhir dalam perjanjian untuk IPIC mengembalikan wang tersebut kepada kita. 

Tetapi Mahathir dan Tommy Thomas segera membatalkan perjanjian penyelesaian tersebut sejurus mereka berkuasa supaya naratif wang 1MDB ‘kekal hilang’ boleh diteruskan. 

Untuk ‘menambah keparahan’ terhadap naratif ini, mereka kemudiannya mendakwa Najib pecah amanah sebanyak RM 6.6 billion di dalam urusan penyelesaian IPIC ini sejurus selepas mereka membatalkan perjanjian penyelesaian tersebut. 

Selama empat tahun berturut-turut, Najib telah berulang kali mendesak ketiga-tiga kerajaan Malaysia selepasnya untuk meneruskan penyelesaian IPIC tersebut kerana ia membuktikan Najib tidak menyebabkan Malaysia kehilangan wang tetapi ketiga-tiga kerajaan itu tidak mengendahkan desakan Najib.

Kali terakhir Najib memintanya ialah pada Mac 2022 di parlimen.

"14 Mac 2022: Apa yang berlaku kepada dana IPIC, aset 1MDB, tanya Najib"

Semalam, Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan bahawa IPIC telah bersetuju untuk membayar balik USD 1.8 billion (RM 8.08 billion) terus kepada Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, difahamkan Abu Dhabi turut komited untuk melabur tambahan USD 1.5 billion di Malaysia.



Walaupun USD 1.8 billion (RM 8.08 billion) yang diterima ini kurang daripada USD 4.5 billion hingga USD 7 billion di bawah perjanjian penyelesaian asal zaman Najib, RM 8.08 billion  yang diperolehi itu masih lebih tinggi nilainya berbanding RM 6.6 billion nilai pecah amanah yang dikenakan ke atas Najib.

Najib mungkin merupakan satu-satunya manusia di dunia yang didakwa "mencuri" wang lebih rendah dari nilai sebenar yang ditemui semula. 

Oleh itu, kerajaan seharusnya sekarang melakukan perkara yang betul dengan MENGGUGURKAN semua saki baki kes 1MDB Najib kerana kini telah terbukti bahawa Najib sememangnya telah menyelesaikan masalah secara senyap-senyap untuk mendapatkan semula semua wang 1MDB yang hilang sambil mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan Abu Dhabi.

Kezaliman yang besar telah dilakukan oleh Mahathir dan Tommy Thomas terhadap Najib dengan membohongi seluruh rakyat Malaysia selama bertahun-tahun lamanya dan mungkin namanya akan terkesan sampai bila-bila atas tuduhan rekayasa palsu yang dikenakan demi nafsu serakah politik.

video:



-FB