Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemilihan UMNO: Calon proksi jadi harapan 'pihak luar' jatuhkan Zahid dan Tok Mat


Oleh Adam Malik

Pemilihan UMNO sebenarnya bukan lagi tempat untuk menukar kepimpinan atau gelanggang untuk menawar diri bagi jawatan lebih atas dalam heiraki umno.

Kali ini ia telah menjadi ‘platform’ untuk pihak luar mencatur kepimpinan UMNO.

Dengan memegang leher pemimpin tertentu dalam UMNO , pihak luar berharap mereka mereka ini dapat mencapai hasrat mengusai UMNO.


Individu seperti Mahathir dan Muhyiddin Yassin melihat pemilihan UMNO sebagai pentas untuk ‘survival’ politik masing masing.

Mahathir yang melihat jenama “Mahathir” hancur dan sudah usang tidak diterima oleh mana mana Pihak atas sebab tidak boleh dipercayai, dan melihat pemilihan umno peluang untuk menghancurkan UMNO.

Begitu lah juga dengan Muhyiddin Yassin.

Peluang tidak akan dilepaskan untuk merampas kuasa dengan membantu calon proksi memenangi pemilihan.

Paling sukar untuk diterima ada lah mereka mereka yang jadi calon proksi tidak hirau dianggap “pak sanggup” untuk tujuan ini.

Berbakti kepada pemimpin luar parti seolah olah satu kebanggaan pula.

Di mana jati diri dan kesetiaan kepada menjadi persoalan.

Kali ini , menurut sumber yang portal kami terima , beberapa calon telah dikenal pasti disuruh dan dipasang oleh seorang pemimpin yang digantung keahlian kerana kerja sabotaj dan kerja khianat nya.


Maka, calon calon proksi ini akan di letak bertanding jawatan strategik seperti Ketua Pemuda UMNO , ketua Puteri UMNO dan juga Ketua Wanita UMNO.

Selain dijawatan di sebut diatas , ramai juga akan diletak sebagai calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Naib Naib Presiden.

Maka , atas sebab itu mereka mereka yang dipecat dan digantung masih belum mahu masuk kemana mana parti lain atas sebab percaya calon calon proksi akan menang jawatan dan akan buat usul usul tertentu yang diarahkan.

Antara usal nya ada lah mahu mereka yang dipecat atau digantung diterima semula dan dimaafkan untuk kembali dalam umno dan kemudian mereka akan mainkan ‘wave’ mahu Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO disingkir.

Dan usul lain nya adalah mahu membuat kompromi dengan pemimpin Pakatan Harapan supaya menggugurkan siasatan terhadap sahabat sahabat mereka di Perikatan Nasional kerana mereka yang jadi Menteri dipercayai turut ada meratah sama.

Maka, apabila UMNO buat keputusan tidak buka pemilihan dua jawatan “Top 2’ ia satu Tindakan yang sangat tepat memandangkan apa yang musuh dari luar sudah rancang untuk perpecahan dan sekurang kurang nya ada ‘resistence’ pada kemaraan musuh luar.

Harus di ingat pemilihan UMNO ada lah ‘survival’ Muhyiddn dan ‘platform’ terakhir Mahathir.