Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ditawar jadi MB, Khairy akan bertanding dalam PRN Selangor


SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.

“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Kelab Concorde, iaitu kumpulan tidak rasmi pengarang dan wartawan kanan bersama dengan ahli politik dan pembuat dasar utama.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, Khairy tewas di Sungai Buloh apabila Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan melalui calonnya, Datuk R Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendahului dengan 50,943 undi, manakala Khairy memperoleh 48,250 undi.

Khairy turut menjelaskan, minatnya untuk bertanding dalam PRN Selangor akan datang itu jika beliau memutuskan untuk kembali berpolitik selepas dipecat oleh UMNO pada 27 Januari lalu.

“Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding PRN, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” ujarnya.


Khairy berkata, pengalaman di negeri akan melengkapkan kemahirannya kerana mempunyai pengalaman sebagai bekas ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal dan mengetuai tiga kementerian berbeza sebelum ini.

Beliau dalam masa sama turut tidak bercadang untuk menubuhkan parti baharu di negara ini.

“Pasaran agak tepu dan saya lihat mungkin tiada ruang untuk parti baharu di Malaysia.

“Walaupun ia satu pilihan, tidak mungkin (saya akan tubuh parti baharu),” tegasnya.