Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahidi umum sertai PKR


Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan ramai pemimpin UMNO yang bakal meninggalkan parti itu secara besar-besaran dan mengikut beliau menyertai PKR.

Jelas Zahidi, hasrat itu telah disuarakan ramai pemimpin UMNO termasuk kelompok berjawatan tinggi di peringkat nasional kepadanya susulan keputusan beliau bakal menghantar borang penyertaan masuk PKR pada 4 Februari ini.


Katanya, senario itu berlaku susulan sebilangan besar pemimpin dan akar umbi UMNO terkilan dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan MKT melaksanakan proses pembersihan parti secara besar-besaran tanpa mengikut prosedur ditetapkan.