Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sedekah kepada pengundi tidak langgar peraturan pilihanraya -Hadi


PEMBERIAN wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menyifatkan tindakan Umno memfailkan petisyen berhubung sogokan didakwa berlaku sewaktu kempen pilihan raya di Terengganu itu sebagai perang saraf.

Sebelum ini, Badan Perhubungan Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.


Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 

Peguam Amin Othman yang mewakili calon BN di ketiga-tiga kawasan tersebut bagi pihak Umno Terengganu berkata pihaknya mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen, setelah meneliti bahan bukti dan keterangan saksi.