Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kementerian Pertahanan batal 5 perolehan terdahulu, laksana tender terbuka


KUALA LUMPUR, 19 Jan – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah membatalkan 5 perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur untuk dilaksanakan secara tender terbuka.

MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka seperti mana keperluan bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia).

Jelasnya, ia dilaksanakan bagi mengelakkan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan terhadap proses itu.

“Bermula tahun 2023, 5 perolehan yang melibatkan bekalan dan perkhidmatan serta projek infrastruktur telah dibatalkan dan akan dilaksanakan secara tender terbuka,


“Ini selaras dengan dasar kerajaan pada masa ini yang mengutamakan ketelusan dan value for money,”kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, MINDEF telah mengambil perhatian serius terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan yang disampaikan pada Majlis Dialog Belanjawan Negara 2023 pada Selasa lepas.

Dalam masa yang sama, MINDEF menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan sepanjang perolehan kepada pihak yang melakukan salah laku demi kepentingan peribadi.

“MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan kepada pihak berkuasa,” jelas MINDEF lagi.

-airtimes.my