Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gadis sanggup beralah, ikhlaskan kekasih kahwini ibu kandung


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkongsian seorang gadis yang mengaku sanggup beralah dengan ibu kandungnya demi merestui perkahwinan antara wanita tersebut dengan bekas kekasihnya, lapor laman berita Bingkai Nasional semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan pada 1 Oktober lalu, gadis bernama Nanda itu berkata, membuat ibu bapa bahagia adalah perkara yang terbaik.

“Mengikhlaskan kebahagiaan ibu bapa adalah lebih baik,” kata Nanda menerusi keterangan video tersebut.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki muda yang merupakan bekas kekasih Nanda dirakam sedang melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita lebih berusia, iaitu ibu gadis berkenaan.

Nanda turut dilihat tersenyum ketika merakam swafoto bersama pasangan pengantin.

Namun, selepas majlis perkahwinan tamat, Nanda dilihat menangis kerana menahan rasa sedih.


“Lantas, siapa lagi yang perlu saya percaya untuk dijadikan suami?” katanya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Semoga anda terus tabah. Anda ialah seorang anak yang cantik, baik dan solehah,” kata seorang netizen.

“Sabar cik. Jodoh tidak ke mana-mana,” kata seorang lagi pengguna lain. 

video:


– Agensi